sodok II

(main) bola ~ [Jakarta] main biliard;

menyodok
1. menolak, menyorong;

2. [kiasan] melanggar, merempuh:
motosikalnya ~ buntut lori;

3. menumbuk (di perut), menggocoh;

4. [bahasa kasar] menyetubuhi, mengamput.

sodok I

= penyodok alat untuk menggali tanah dan lain-lain, sekop;

menyodok menggali (membalikkan dan lain-lain) tanah dengan sodok.

sodek

[Kelantan] sejenis alat untuk mengaut nasi (daripada kayu dan lain-lain), senduk;

sudip I.

soda

1. pelbagai jenis sebatian natrium (terutamanya karbonat) dalam bentuk hablur atau serbuk yang digunakan untuk masakan atau cucian;
~ abu = ~ basuh (pencuci) natrium karbonat;
~ kapur campuran natrium hidroksida dengan kalsium hidroksida;
~ kaustik = ~ api natrium hidroksida;
~ penaik natrium hidrogen karbonat;

2. = air ~ sejenis minuman yang berbusa.

sobok

[Minangkabau] campuran dua logam dan lain-lain (yang sama banyaknya);

bersobok, tersobok bertemu (dengan), berjumpa (dengan), bertembung (dengan):
tetapi di tengah laut ~ dengan bala bantuan yang dikirim dari Acheh;
~ musuh di jalan;

serobok

sobek I

koyak (pakaian dan lain-lain), cabik, carik, robek:
kemejanya telah ~;

menyobek mengoyakkan (pakaian, kertas, dan lain-lain), mencabik, merobek:
cepat-cepat sampul surat tadi disobeknya dan kandungannya dikeluarkannya;

sobekan sesuatu yang disobek, cabikan, carikan:
~ daripada sebuah buku.

sobat

[bahasa percakapan] sahabat (yang rapat), kawan, teman;

bersobat bersahabat, berkawan;

menyobat, menyobati
1. menjadikan sahabat yang baik;

2. [kiasan] mengambil hati orang;

persobatan perihal bersobat, persahabatan.