sofistikated

1. mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan, dan lain-lain) yang tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih:
keadaan kehidupan berubah dengan cepat dan pengalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru;
dia sudah berubah daripada seorang gadis yang sederhana kepada seorang gadis yang begitu ~ sekali;

2. mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri dan sebagainya yag kompleks (moden, rumit, pelbagai, dan sebagainya), tidak ringkas atau sederhana, canggih:
puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dengan persoalan yang kompleks dan ~;
muzik yang ~;
mesin jahit model baru yang ~.

sofistikasi

sifat dan sebagainya yang kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), kecanggihan:
tahap kematangan dan ~ tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia.

sofisme

hujah atau alasan yang nampaknya menarik dan meyakinkan tetapi sebenarnya palsu, biasanya bertujuan untuk menipu atau memperdayakan seseorang.

sofis

orang yang bijak menggunakan hujah yang menarik dan meyakinkan tetapi palsu dengan tujuan untuk menipu atau memperdayakan seseorang.

sofbol

sejenis permainan besbol yang menggunakan bola yang lebih besar dan lebih lembut.

sofa

sejenis kerusi panjang yang bertilam empuk dan mempunyai tempat sandar dan alas lengan.

sodor I

[Jakarta];

menyodorkan
1. menyorongkan ke depan, menganjurkan:
ketika aku masuk, ada yang berdiri hendak ~ kerusi, ada yang duduk sahaja;

2. menghulurkan (tangan dan lain-lain), mengunjukkan, memberikan:
Kartini ~ tangannya untuk berjabatan;
ia ~ gelas berisi air limau kepada temannya;

3. memaksakan, mendesak, menonjol-nonjolkan, menuntut:
kami para pemuda tidak mahu menerima syarat yang disodorkan oleh Jepun.