soal siasat

kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat;

menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu;

penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

soal jawab

1. tanya jawab (dalam surat khabar, majalah, dan lain-lain);

2. perbahasan, perdebatan;

3. temu ramah, temu bual, wawancara;

4. temuduga;

bersoal jawab bertanya jawab, berbahas, bertengkar.

soal

1. soalan:
~ semacam itu tidak perlu dijawab;

2. hal atau perkara (yang sulit atau rumit), masalah:
~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya;
~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dalam perbualan kami;
~ pokok hal (perkara) yang penting atau utama;
~ selidik sejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu;

bersoal mengemukakan soal, bertanya;

menyoal mengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya:
Siti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat jawaban;
~ balas
menyoal seseorang yang memberi keterangan untuk sesuatu pihak (pihak lawan dan lain-lain) untuk memastikan kesahihan keterangan yang diberikannya;

menyoalkan menanyakan sesuatu kepada;

mempersoalkan mengemukakan sesuatu sebagai soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan:
akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang;

soalan sesuatu yang ditanyakan (dalam peperiksaan dan lain-lain), pertanyaan:
jawab lima daripada tujuh soalan yang di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dan sebagainya) yang sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dan sebagainya dijalankan:
mereka mendapat ~ bocor SPM daripada pemuda itu;
~ ramalan
soalan yang diramalkan akan keluar atau ditanyakan dalam peperiksaan, ujian dan sebagainya:
dalam saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kepada ~ ramalan serta tip yang diberi oleh guru.

persoalan
1. sesuatu yang dipersoalkan, masalah:
semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik;

2. pembicaraan, perbahasan, perbincangan;

penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan:
cerpen ini berakhir dengan ~ terhadap dirinya;

penyoal orang yang menyoal atau mengemukakan soalan:
soalan yang dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden.

snuker

sejenis permainan yang pemain-pemainnya bergilir-gilir memukul bola-bola berwarna di atas meja untuk dimasukkan ke dalam lubang pada penjuru meja.

snorkel

alat yang terdiri daripada gogal, penutup hidung dan tiub yang hujungnya dimasukkan ke dalam mulut dan menganjur ke atas permukaan air untuk membolehkan perenang bernafas ketika mukanya menangkup di dalam air;

bersnorkel berenang(-renang) dengan memakai snorkel:
saya dan rakan-rakan dibawa ~ untuk melihat keindahan batu karang di perairan pulau itu.