skurvi

(Perubatan) penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dalam makanan (ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, perdarahan di bawah kulit, dan lain-lain).

skup II

berita penting atau eksklusif yang diterbitkan atau disiarkan lebih awal oleh sesebuah akhbar atau televisyen sebelum disiarkan oleh mana-mana akhbar atau televisyen lain.

skuba

alat yang terdiri daripada set pernafasan dan silinder udara mampat, yang digunakan oleh penyelam untuk membantunya bernafas semasa berada di bawah permukaan air (laut dan sebagainya).

skuasy II

minuman yang diperbuat daripada jus buah-buahan yang ditambah air atau gula:
~ oren;
~ lemon.

skuasy

sejenis permainan memukul bola ke dinding dengan raket (dimainkan di dalam gelanggang yang berdinding).

skuadron

1. unit tentera udara yang terdiri daripada 10 hingga 18 buah pesawat terbang;

2. pasukan tentera darat yang terdiri daripada lebih kurang 100 orang anggota, merupakan sebahagian daripada rejimen, dan biasanya dibahagikan kepada tiga trup;

3. unit tentera laut yang terdiri daripada dua buah kapal atau lebih yang sama jenisnya.

skuad

1. suatu kumpulan orang yang bekerja (melakukan sesuatu) sebagai suatu pasukan:
~ bola sepak Malaysia;

2. suatu pasukan kecil polis (tentera) yang bertanggungjawab menjalankan tugas khas:
S~ Polis Khas;
~ penembak
sekumpulan askar yang ditugaskan untuk menembak seseorang yang dijatuhi hukuman mati.