skru

sejenis pasak atau paku besi yang berbenang atau beralur badannya (yang diputar untuk memasang);
~ gila skru yang tidak sekata benangnya (alurnya);

menskru
1. memasang skru;

2. membuat benang atau alur pada batang besi supaya menjadi skru, membuat skru;

menskrukan memasang (melekatkan dan lain-lain) sesuatu dengan skru;

penskru alat untuk membuat (membenang) skru.

skrol

gulungan kertas, kertas kulit dan sebagainya yang di atasnya tertera tulisan, lukisan dan sebagainya.

skrip II

sijil sementara (dalam urusan saham) yang membolehkan pemiliknya menukarkannya menjadi wang atau sijil saham biasa.

skrip

cerita dan lain-lain yang bertulis (bertaip dan sebagainya);
~ filem skrip yang disediakan untuk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dan sebagainya, lakon layar;

penskripan hal (proses) penulisan skrip:
memanglah drama Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~.

skrin

1. sekat (tabir dan lain-lain);

2. permukaan yang rata berupa kaca dan sebagainya (pada televisyen, monitor komputer dan sebagainya) tempat memaparkan gambar, teks, grafik dan sebagainya.

skrabel

sejenis permainan untuk membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang berasingan.

skors

[Indonesia-Belanda];

diskors
1. dihentikan untuk sementara sahaja (mesyuarat, perjumpaan, dan lain-lain);

2. digantung (jawatan, pangkat, dan lain-lain) untuk sementara.