strawberi

1. sejenis tumbuhan (pokok renek), Fragaria spp.;

2. buah daripada pokok strawberi yang berwarna merah dan mempunyai biji-biji kecil berwarna kuning di bahagian luarnya (dimakan mentah atau dibuat jem).

straw

tiub yang diperbuat daripada plastik, kertas, dan sebagainya untuk menyedut minuman.

stratopaus

(Geografi) sempadan di antara stratosfera dengan mesosfera yang altitudnya kira-kira 50 – 55 km.

stratigrafi

(Geologi) kajian tentang ciri-ciri lapisan batu batan (seperti kandungan dan kedudukan relatif) untuk menentukan sejarah geologi lapisan tersebut.

stratifikasi

= ~ sosial pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata.

strategik

1. berdasarkan strategi:
letaknya ~ dan hanya dapat dicapai daripada tiga jurusan;

2. [bahasa percakapan] baik (elok) letaknya.

strategi

1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang;

2. siasat perang, taktik perang;

3. [bahasa percakapan] siasat (muslihat) untuk mencapai sesuatu maksud;

4. rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan;
~ dua (tiga) serampang strategi yang terdiri daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu.