stuko

(Seni bina) plaster berkualiti tinggi untuk membentuk corak pada sesuatu permukaan seperti dinding atau siling.

studio

1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dan sebagainya bekerja;

2. bilik yang dilengkapi pelbagai peralatan untuk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam;

3. bangunan yang digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sebagai tempat pembuatan filem.

studi

kajian, pelajaran:
otakku sudah terlalu penuh dengan soal-soal politik, sehingga tidak mungkin memusatkan perhatian pada ~.

stu

rendidih;

menstu memasak daging, sayur dan sebagainya secara rendidih.

strukturalisme

(Linguistik) satu kaedah kajian bahasa yang mengkaji dan menghuraikan struktur bahasa (berbeza daripada kaedah yang berdasarkan perspektif perbandingan, sejarah mahupun fungsi).

struktural

berkaitan dengan struktur:
penyatuan tanah sering dianggap sebagai satu bentuk reformasi ~ di peringkat ekonomi mikro;
teori-teori ini bagaimanapun sengaja menekankan unsur kelas dalam analisis ~.