suap

1. sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dan lain-lain):
boleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air;

2. = wang ~ wang sogok, rasuah;
makan ~ menerima rasuah;

bersuap makan dengan tangan;

bersuap-suapan saling memberi makan dengan tangan, bertukar suap (pengantin yang sedang bersanding dan lain-lain):
setelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya;

menyuap
1. makan dengan tangan (tidak dengan sepit atau dengan sudu dan lain-lain);

2. = menyuapi memasukkan makanan ke dalam mulut orang, memberi makan dengan tangan:
ia terus ~ anaknya;

3. = menyuapi memberi wang suap kepada, memberi rasuah, menyogok:
mana-mana yang boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yang boleh disuap telah juga disuap;

menyuapkan memasukkan (makanan dan lain-lain) ke dalam mulut seseorang:
ia ~ pulut kacau ke dalam mulut anaknya;

mempersuapkan [sastera lama] menyuruh atau meminta bersuap-suapan (pengantin yang sedang bersanding):
pengantin itu dibawa naik ke dalam istana dipersandingkan dan dipersuap-suapkan makan nasi kunyit;

suapan
1. apa-apa yang disuapkan:
tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa untuk ditelan;

2. wang rasuah, sogokan;

3. (Kejuruteraan) bahan yang dimasukkan ke dalam sesuatu peralatan unit operasi untuk diproses bagi mendapatkan hasil;

penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan.

suangi I

1. sejenis hantu yang jahat;
burung ~ burung hantu;

2. pawang (dukun) yang mendapat pertolongan daripada hantu.

suang

mudah, senang, lekas;
~ pecah mudah (senang) pecah;
tak ~ = tak ~ -~
a) tidak mudah, tidak lekas;
b) tidak putus-putus, sentiasa.

suami

orang (lelaki) yang dikahwini seseorang perempuan, laki, lawan isteri:
banyak lagi orang muda di kampung ini yang padan menjadi ~nya;
~ isteri
laki bini;

bersuami mempunyai suami, sudah berkahwin (perempuan):
jikalau begitu sudah patutlah engkau ~;

bersuamikan mempunyai seseorang sebagai suami, berkahwin dengan (perempuan):
anak jarahan itu tidak patut ~ tuan;
dia yang ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dengan masalah keluarga;

mempersuami menjadikan suami;

mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan):
sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dengan orang ini.

suam

tidak terlalu panas, hangat:
tuang sedikit air ~ supaya semua garam itu larut;
~-~ kuku
tidak berapa panas (air);
badannya ~-~ badannya agak panas (kerana demam), dedar;

kesuaman rasa hangat:
kasih sayang, dakapan mesra sambil merasai ~ tubuh ibu.

suaka

[sastera lama] tempat berlindung atau menumpang (hidup);
~ politik (Undang-undang) perlindungan daripada tekanan politik atau kezaliman yang diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat asing yang lari dari negaranya;

bersuaka berlindung (menumpang) hidup pada:
jika demikian, baik aku ~ pada Bendahara Seri Buana.

suak IV

= ~ rambut belah rambut yang disikat atau disiah ke kiri atau ke kanan:
dia membuat ~ rambut isterinya dengan menggunakan duri landak;

menyuak membelah atau menyiah (rambut).