subang I

sejenis perhiasan cuping telinga perempuan yang berbentuk bulat dan lain-lain;
telinga rabit dipasangkan ~, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin (peribahasa) canggung sekali;

bersubang memakai subang (di telinga);
bak gadis baru (jolong) ~ (peribahasa) orang hina papa atau miskin yang menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan;
sungguh ~ tidak berdara (peribahasa) wanita yang sungguhpun berpakaian elok tetapi buruk juga kelakuannya;

menyubang memotong nipis-nipis dan bulat;
~ tebu mengerat-ngerat tebu.

subal II

[Jawa] [arkaik] sesuatu yang dicampurkan (supaya kelihatan banyak, menjadi lebih berat dan lain-lain).

subahat

1. syak, ragu-ragu, keragu-raguan;
~ hati syak hati;

2. orang yang bekerjasama dengan musuh dan lain-lain, kolaborator;

bersubahat
1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi;

2. bekerjasama dengan musuh dan lain-lain:
pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dengan komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan;

persubahatan perbuatan bersubahat.

sub judice

(Undang-undang) sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai.