awalan asing di bawah (bawahan, bahagian yang kecil, separuh), misalnya subinspektor dan subtropika.
Author Archives: admin
suatu
1. hanya satu, satu:
tidak ~ pun;
tiap-tiap ~;
~ hari;
2. [sastera lama] tiap-tiap satu:
pada ~ bagai empat puluh helai, pada sehelai empat puluh perkara bunganya;
3. [sastera lama] pertama-tama, yang pertama:
~ kerajaan dalam dunia, kedua kerajaan kepada keinderaan, ketiga tempat kerajaan dalam bumi;
sesuatu perkara (hal, barang, dan lain-lain) yang kurang atau belum tentu:
kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang;
segala ~ segala apa, apa-apa;
bersuatu bergabung menjadi satu, bersatu:
kita berdua ini ~ perasaan, ~ peringatan, ~ tujuan;
mempersuatukan menjadikan bersuatu, mempersatukan;
satu.
suasana
1. [sastera lama] hawa, udara;
2. keadaan yang melingkungi atau meliputi sesuatu:
kesulitan yang menyelubungi ~ hidup mereka akan dapat diatasi;
~ tenang telah berubah;
menyuasanai memberi suasana kepada, menyelaputi, menyelubungi.
suasa
sejenis pancalogam (campuran emas dan tembaga).
suari II
bantal ~ bantal seraga.
suari I
kasuari.
suargaloka
[sastera lama] syurga untuk dewa-dewa.
suarang
[Minangkabau] harta yang diperoleh oleh suami isteri selama dalam perkahwinan, milik bersama (syarikat dan lain-lain);
~ diagih, sekutu dibelah (peribahasa) jika dua orang suami isteri bersetuju bercerai harta pencarian bersama dibagi dua dan harta pembawaan dipulangkan kepada kaum masing-masing;
bersuarang [Negeri Sembilan] bermesyuarat antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk bercerai dan membahagi harta pencarian bersama;
menyuarangkan bersama-sama mencari harta, menjadikan milik bersama.
suara
1. bunyi manusia (bercakap dan lain-lain):
~ itu nyatalah ~ perempuan;
2. bunyi binatang:
ia sangat hairan mendengar ~ burung itu;
3. bunyi alat perkakas (radio dan lain-lain);
4. apa yang dikatakan (diucapkan), perkataan, ucapan:
~ menentang Presiden Filipina makin lama makin lantang kedengaran;
membuka ~ memberi pendapat;
5. bunyi yang dikeluarkan oleh manusia dalam sesuatu bahasa, bunyi bahasa;
6. sesuatu yang menjadi jurucakap atau lidah rasmi (untuk melahirkan perasaan, pendapat, dan lain-lain):
akhbar itu mewakili ~ kerajaan;
7. pernyataan bersetuju atau tidak (dalam mesyuarat, perundingan, pemilihan, dan lain-lain):
cadangannya itu telah mendapat sokongan sebulat ~;~ bulat persetujuan daripada semua pihak;
~ hati perasaan hati (untuk membezakan antara baik dengan buruk);
~ latar ulasan atau penerangan dalam sesebuah filem dan sebagainya oleh penutur yang tidak dapat dilihat;
~ pemutus kuasa untuk membuat sesuatu keputusan (dalam pembicaraan dan lain-lain);
~ ramai pendapat orang ramai;
~ sumbang pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum;
kalah ~ kalah undi;
memberikan ~ menyatakan setuju atau tidak, turut membuang undi;
mendapat ~ dipilih dalam pengundian;
bersuara mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap:
tiada seorang pun yang ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja;
menyuarakan
1. mengatakan, mengucapkan:
ahli-ahli politik hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dalam perjumpaan-perjumpaan umum;
2. menyanyikan (lagu);
penyuaraan perihal mengeluarkan suara.
suar
1. cahaya lampu (nyala api dan lain-lain) yang digunakan sebagai isyarat;
memberi ~ memberi isyarat dengan api;
mercu ~ [Indonesia] rumah api;
2. suluh atau obor yang digunakan untuk memikat ikan;
bersuar memakai suar, memberi isyarat dengan nyala api (cahaya lampu dan lain-lain);
menyuar menyinari, menyuluhi;
~ ikan memikat ikan dengan suluh, menyuluhi ikan;
~ lebah mengusir lebah dengan suluh untuk mendapatkan madunya;
tersuar dinyalakan, terpasang.