subfamili

1. kategori di antara famili dan genus;

2. (Linguistik) pembahagian bahasa-bahasa yang diletakkan lebih rendah daripada famili tetapi lebih tinggi daripada cabang.

subentri

kata masukan atau entri kamus yang merupakan turunan daripada entri utama (pokok), misalnya memasak yang terbit daripada entri utama masak.

subbudaya

amalan, cara hidup, sikap dan sebagainya sekumpulan orang yang berbeza daripada masyarakat seluruhnya:
pelajar Melayu yang baru tinggal dalam masyarakat Indonesia sudah tentu mengalami masalah ~.

subbidang

bidang kecil daripada bidang induk:
geomorfologi adalah ~ kepada bidang geografi;
rancangan membentuk kira-kira 300 000 istilah dalam pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan.

subartik

berkaitan dengan kawasan berhampiran dengan Garisan Artik, yang terletak di sebelah selatannya.