plot sampingan bagi sesuatu cerita dalam sesebuah drama, novel, filem dan sebagainya yang berasingan tetapi berkaitan dengan plot cerita utamanya.
Author Archives: admin
subordinat
pekerja (pegawai) yang bekerja di bawah orang lain atau pekerja bawahan seseorang:
ketua mestilah bersikap terbuka dengan ~nya untuk memudahkan penyelesaian sesuatu masalah kerja.
suborder
(Biologi) kumpulan taksonomi yang merupakan subbahagian daripada satu order.
subnormal
tidak mencapai tahap normal, terutamanya kecerdasan atau perkembangan:
pendidikan kanak-kanak ~.
submesingan
sejenis mesingan mudah alih dan ringan.
sublimat
[Indonesia-Belanda] sejenis benda beracun (untuk membunuh kuman dan lain-lain).
sublema
subentri.
subkumpulan
bahagian daripada sesuatu kumpulan.
subkultur
(Biologi) kultur mikroorganisma yang diperoleh daripada kultur lain yang sedia wujud.
subkontraktor
orang (syarikat) yang bertanggungjawab menjalankan subkontrak.