substandard

1. lebih rendah daripada standard yang ditetapkan atau yang dikehendaki;

2. berkaitan dengan dialek atau ciri penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa standard (sehinggakan penggunaannya dipandang rendah oleh masyarakat):
penggunaan dialek dianggap sebagai ~ oleh sesetengah ahli bahasa.

subskrip

aksara (angka, huruf, pecahan, atau simbol) yang dicetak di suatu sisi aksara lain, dengan kedudukan yang ke bawah sedikit (mis dalam x3, 3 ialah subskrip).

subsistem

sistem kecil yang membentuk sebahagian daripada sistem yang lebih besar (utama):
dalam seluruh organisasi yang separuh bersistem itu, terdapat banyak ~.

subsidiari

1. (peringkat) yang lebih rendah, kelulusan pada atau lulus sebahagian daripada sesuatu mata pelajaran (dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan):
mendapat kelulusan peringkat ~ dalam mata pelajaran Ekonominomi;

2. = syarikat ~ anak syarikat.

subsidi

bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani, dan lain-lain):
BP ialah sebuah perbadanan yang mendapat ~ daripada pemerintah pada masa itu;

bersubsidi mendapat atau diberi subsidi:
bas disediakan dengan tambang yang ~;

mensubsidi memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah harganya:
sebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di negara ini;

pensubsidi pihak (orang, badan dan sebagainya) yang memberikan subsidi, pemberi subsidi.

subsektor

bidang (kegiatan dan lain-lain) kecil daripada bidang (kegiatan dan lain-lain) induk, seperti ekonomi:
~ tanaman dagangan menguasai sektor pertanian keseluruhannya.

subrutin

(Komputer) bahagian atur cara yang disimpan hanya sekali dan boleh digunakan oleh atur cara, apabila perlu.