sudah

1. telah siap sedia, lengkap, selesai:
surat itu pun ~lah;

2. habis, berakhir;

3. = sudah-sudah telah lalu (lampau):
bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang;

4. telah berlaku (terjadi), telah:
dan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dalam sungai;

5. = sudahlah cukuplah (dengan yang demikian itu), padalah:
~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi!

6. memang begitu (keadaannya, halnya, dan lain-lain), sememangnya:
bagaimana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang;

7. = sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya, kemudiannya:
yang hidup itu sedia akan mati juga ~nya;

sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah:
~ minum mereka pun berpisah;

sesudah-sudah, sesudah-sudahnya sehabis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehendak hatinya, semahu-mahunya;

bersudah ada sudahnya (akhirnya, penghabisan);

bersudah-sudah telah putus atau habis (persahabatan, perhubungan, keluarga, perkahwinan, dan lain-lain);

menyudahi
1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dan lain-lain), menghabisi:
ia ~ nasihatnya dengan umpatan;

2. menunaikan (permintaan, keinginan, dan lain-lain), memenuhi;

3. [kiasan] menamatkan riwayat, membunuh;
ikhtiar menjalani, untung ~ (peribahasa) untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kepada nasib;

menyudahkan, mempersudahkan
1. mengerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dan lain-lain), menyempurnakan, menyiapkan:
mereka akan berlumba-lumba untuk ~ sesuatu kerja;

2. menjadikan berakhir, menamatkan:
patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu;

3. mencari penyelesaian (masalah dan lain-lain), menyelesaikan:
salin dan sudahkan kira-kira di bawah ini;

kesudahan
1. penghabisan, akhir, akibat:
maka diceritakannya dari mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya;

2. keputusan (daripada sesuatu), kesempurnaan, keselesaian;

3. akhirnya, kemudiannya:
~nya rumah di kawasan itu habis musnah;

berkesudahan berakhir (dengan), berkeputusan, berakibat:
Ramlah sakit keras, kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~;

kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudiannya:
maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kepada nyawa;

penyudahan perihal menyudahkan, penyelesaian, penyempurnaan;

penyudah yang akhir sekali, penutup (percakapan dan lain-lain):
barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pada ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah.

suda

ranjau daripada buluh atau bilah buluh yang diruncingkan (dipasang berkeliling kubu dan lain-lain).

suci

1. bersih (dari segi agama):
makanan yang ~;

2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh:
orang yang ~;

3. bersifat keagamaan (ketuhanan):
ayat ~;
Kitab S~;
Tanah S~
Mekah;

4. bersih daripada sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dan lain-lain), murni:
Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yang berniat ~ itu;
hati yang ~;

5. bersih atau bebas (daripada kotoran dan lain-lain):
wajib baginya menggantikan kembali puasa yang tertinggal itu apabila ~ daripada haid;

6. [sastera lama] tidak kotor (semak), bersih;

bersuci
1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk;

2. membersihkan diri (daripada kekotoran):
~ daripada najis;

3. hidup suci;

4. [bahasa percakapan] berkhatan, bersunat;

menyucikan
1. membersihkan diri (dari segi agama);

2. [sastera lama] membersihkan diri daripada kekotoran (semak samun dan lain-lain):
maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu;

3. membersihkan daripada segala yang keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, menguduskan:
hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan;

4. menganggap suci (mulia):
ada orang yang ~ anjing;

kesucian perihal suci;

persucian perihal bersuci;

penyucian perihal menyucikan, pembersihan;

penyuci sesuatu yang digunakan ketika bersuci atau untuk menyucikan sesuatu.

subversifisme

fahaman subversif:
memperjuangkan Islam sebagai fundamentalisme juga dikelirukan dan ditonjolkan bersama ciri-ciri militerisme dan ~.

subversif

bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dan lain-lain, dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit:
kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga mencegah gerakan ~.

subversi

kegiatan (gerakan, usaha, tindakan dan sebagainya) yang bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan, politik dan sebagainya yang sedia ada.