sudu II

= sudu-sudu
1. sejenis tumbuhan (pokok renek), Euphorbia antiquorum;

2. sejenis tumbuhan (pokok renek), Euphorbia nerifolia;
~ itik
[Kedah] sejenis tumbuhan (pokok jenis lembut) yang tumbuh dalam belukar dan boleh dibuat ulam;
~ di tepi

sudu I

1. paruh yang lebar (paruh itik dan lain-lain);

2. alat (daripada tempurung, tembikar, logam, dan lain-lain) untuk mencedok gulai dan lain-lain, camca, senduk, alat pencedok (daripada daun pisang dan lain-lain);

3. = ~ hati tulang hulu hati (tulang dada yang di bawah sekali);

menyudu
1. mematuk dengan sudu (itik dan lain-lain):
bunyi hirupannya macam bunyi itik ~;

2. mencedok dengan sudu;

tersudu sudah disudu, dapat disudu;
sudah tidak ~ oleh angsa, baharu diberikan kepada itik (peribahasa) barang yang tiada berguna kepada orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina).

sudip I

alat seperti sudu (daripada kayu dan lain-lain) untuk mencedok;
~ sepatu sejenis alat untuk memudahkan kaki masuk ke dalam kasut;

menyudip mencedok dengan sudip.

sudi II

~ siasat [Minangkabau] bertanya-tanya untuk menyelidiki (menyiasat dan lain-lain);

menyudi memeriksai, menyelidiki, menyiasat.

sudi I

1. tidak keberatan (untuk melakukan sesuatu), bersedia, rela:
jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima;

2. suka (akan), berkenan, mahu:
kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi dikatanya tidak ~;

bersudikan berkenan akan, suka akan;

menyudikan, mempersudikan
1. menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan;

2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan:
tamu-tamu dipersudikan masuk;
sudikanlah masuk ke rumah saya;

3. menarik (memancing) supaya mahu dan lain-lain (melakukan sesuatu);

kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan.