subkontrak

kontrak yang dipertangunggjawabkan kepada sesuatu kontraktor oleh sesuatu kontraktor lain (asal) untuk menjalankan sesuatu projek (tugasan);

mensubkontrakkan menjalankan kerja secara subkontrak:
sesuatu kontrak itu mungkin disubkontrakkan kepada pengusaha lain.

subjudul

judul kecil atau judul tambahan kepada sesuatu judul, kata-kata atau frasa yang menjelaskan atau menjadi pelengkap kepada sesuatu judul.

subjektivitisme

faham atau kecenderungan yang menekankan bahawa pengetahuan, moral, persepsi dan sebagainya adalah subjektif dan relatif.

subjektif

terbit daripada atau berasaskan pandangan (perasaan dan sebagainya) orang atau pihak yang melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai), melihat (menilai dan lain-lain) daripada pandangan (perasaan sendiri), lawan objektif:
buku-buku sejarah yang ada masih penuh dengan unsur-unsur ~ yang kurang penting;

kesubjektifan keadaan yang subjektif:
kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yang ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik.

subjek

1. pokok perbincangan, perkara, tajuk;

2. (Linguistik) pokok kalimat, perkara (dalam ayat dan lain-lain);

3. mata pelajaran.

Subhanahuwataala

[Arab] maha suci dan maha tinggi;
Allah ~ Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Subhanallah [Arab]

1. Maha Suci Allah;

2. ungkapan menandakan rasa takjub atas kebesaran dan keagungan Allah.