stoma

(Biologi) liang-liang seni terutamanya pada epidermis daun untuk pernafasan.

stokis

orang atau syarikat yang menyimpan sejumlah stok barang atau produk tertentu untuk dijual atau diedarkan kepada penjual lain.

stoking

sejenis pakaian yang dibuat daripada benang sutera (kapas, bulu, dan lain-lain) untuk membalut kaki, kaus kaki;
~ panjang stoking yang panjangnya hampir ke paras lutut atau lebih;

berstoking memakai stoking.

stoker

[Indonesia-Belanda] juruapi (di kereta api yang menggunakan arang dan lain-lain).

stok

1. barang dagangan (tersimpan di kedai-kedai) untuk dijual;

2. himpunan barang yang tersimpan di stor dan lain-lain;

3. saham;
~ penimbal simpanan sesuatu komoditi oleh pihak berkuasa dan sebagainya untuk mengatasi masalah turun naik penawaran dan harga yang tidak menentu;

4. (Biologi) bahagian batang sesuatu tumbuhan yang menerima tunas daripada tumbuhan lain dalam pencantuman.

stirena

(Kimia) sejenis hidrokarbon cecair yang digunakan untuk membuat plastik dan getah.