stim

wap yang terjadi apabila air dipanaskan ke takat didih;
naik ~ ki, [bahasa percakapan]
a) marah, naik darah;
b) naik syahwat.

stilistik

1. kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam penulisan;

2. berkaitan dengan stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa penulisan:
demikian juga, Umar Yunus dengan tegas mengatakan bahawa unsur ~ yang utama ialah ayat;
saya tidak bermaksud menutup penerokaan ~ penulis.

stil

(Biologi) struktur (pada bunga) yang panjang dan halus, dan pada hujungnya terdapat stigma.

stiker

[bahasa percakapan] pelekat:
kegemarannya adalah mengumpul pelbagai ~;
~ kereta.

stik

1. sepotong daging tebal untuk dipanggang atau digoreng;

2. hidangan yang merupakan sepotong daging yang dipanggang dan dihidangkan dengan sos lada hitam, salad dan sebagainya.

stigma

1. (Biologi) bahagian hujung benang sari yang menerima debunga (tepung sari);

2. sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban:
wanita kita juga tidak menghadapi ~ sosial seburuk yang dihadapi wanita banyak negara lain.

stetoskop

(Perubatan) alat yang digunakan oleh doktor untuk mendengar bunyi dalam tubuh (bunyi degupan jantung, pernafasan, dan lain-lain).