amino

(Kimia) mengandungi atau terdiri daripada satu atom nitrogen dan dua atom hidrogen (NH2) (berkenaan (dengan) bahan kimia dan sebagainya):
asid ~;
kumpulan ~.

amin-amin

sejenis tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea;
~ buah
sejenis tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan, Phyllanthus niruri.

amin

[Arab]

1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa):
doa itu diakhiri dengan mengucapkan ~;
bertadah ~
bertadah tangan sambil mengucapkan amin;

2. orang yang dapat dipercayai dengan sesuatu amanah;

mengamini, mengaminkan
1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dengan mengucapkan amin:
lebai pun membaca doa dan semua yang hadir ~;

2. [kiasan] membenarkan, mengiakan, menyetujui:
apa yang dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.

amilase

(Biologi) enzim yang menghuraikan kanji dan glikogen menjadi gula ringkas seperti glukosa.

amil I

[Arab] orang yang diberi tauliah (kuasa) untuk memungut zakat (dan berhak menerima zakat).

amfoterik

(Kimia) berkenaan sesuatu bahan (seperti aluminium hidroksida) yang mempunyai kedua-dua ciri asid dan bes.

amfiteater

1. sejenis bangunan yang bentuknya bulat atau bulat bujur dan tidak berbumbung dengan tempat duduk bertingkat-tingkat di sekeliling ruang yang terbuka, biasanya digunakan sebagai tempat persembahan acara hiburan, bersukan dan sebagainya;

2. deretan tempat duduk bertingkat-tingkat di dalam dewan, panggung dan sebagainya yang disusun dalam bentuk separa bulat.