= carak II.
Author Archives: admin
carang II
mencarang menjadi panas (berkenaan (dengan) cahaya matahari).
carang I
bahagian seperti ranting yang melingkar-lingkar yang tumbuh pada batang pokok menjalar (labu, sirih, dan lain-lain);
bercarang-carang mencuar-cuar, bercerancangan:
~ seperti tanduk rusa;
mencarang
1. seperti carang;
2. memetik sirih carang.
caran
[Minangkabau];
bercaran bertengkar, berkelahi mulut.
caram
1. cincin tanda;
2. cengkeram, panjar, wang pendahuluan.
carak II
mencarak
1. meminum air dengan mencucurkannya ke mulut;
2. memakan (menghisap) telur dari kulitnya;
~ benak mengambil untung dengan berlebihan, menghisap darah.
carak I
mencarak
1. kelihatan muncul (berkenaan (dengan) matahari);
2. membuka dan melihat daun terup.
carak
[Kelantan] tempat yang digenangi air.
carah
[Minangkabau];
bercarah sedikit-sedikit;
mencarah
1. memotong sedikit-sedikit atau kecil-kecil;
2. menjual berpotong-potong;
mencarahkan menjual sedikit-sedikit.
cara
1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu:
kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah;
2. gaya (seperti bentuk, fesyen, rupa, dan lain-lain):
cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare;
3. laku, macam, ragam, seperti:
elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja;
4. adat resam, keadaan (aturan) yang lazim dilakukan, kebiasaan:
tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yang tertentu dan berhubung dengan ini pula terdapat larangan-larangan;
5. dalam bahasa atau loghat:
bertanya ~ Cina;
secara
1. dengan cara (jalan dan lain-lain):
ayah dan ibunya dibunuh ~ kejam;
~ kasar dapat dijelaskan sebabnya;
2. sebagai, selaku:
hadapilah musuhmu ~ pahlawan;
cara-cara
1. berbagai-bagai cara;
2. aturan-aturan, contoh-contoh;
3. upacara.