cas I

mengecas menahan dengan kaki atau menyepak kaki orang (untuk menjatuhkannya):
orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya;

mengecaskan menjatuhkan dengan menahan (menyepak) kaki orang.

carut

perkataan yang keji dan kotor (cabul):
perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul;
~-capai = ~-marut
berbagai-bagai perkataan yang keji dan kotor;

bercarut, bercarut-carut mengeluarkan perkataan yang keji dan kotor:
sampai beliau ~;
~ bungkang
[Minangkabau] mencarut-carut, memaki-maki;

mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yang keji dan kotor, memaki-maki:
kadang-kadang ~ dan meludah;

mempercaruti memaki-maki orang dengan perkataan yang keji;

carutan (perkataan, kata-kata) yang keji dan kotor, (kata-kata) yang cabul:
penyair menjauhkan kata-kata ~ yang kasar;

pencarut
1. suka mencarut;

2. orang yang suka mencarut.

carum

= caruman;

bercarum ada carumannya:
biaya tua ~;

mencarum membuat bayaran atau sumbangan (kpada kumpulan wang bersama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain):
dia tidak lagi ~ dalam KWSP;

mencarumkan memasukkan (modal, wang) ke dalam sesebuah syarikat:
dia ~ RM200 sebulan ke dalam syarikat insurans;

caruman
1. bayaran dari semasa ke semasa (kpada kumpulan wang bersama dan lain-lain), yuran;

2. sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (untuk membiayai keperluan selepas bersara);
~ tetap caruman yang dibuat pada waktu-waktu tertentu (mis pada hujung setiap bulan) dan secara berterusan;

pencaruman perihal (perbuatan) mencarum;

pencarum orang yang mencarum.

caruk II

1. alur;

2. ceruk, teluk kecil;

bercaruk berteluk, berceruk:
pantainya yang ~;

= ceruk I.

caruk I

mencaruk
1. menoreh pohon (untuk mengambil getah, damar, dan lain-lain);

2. [sastera lama] mengupas kulit kayu.