[bahasa percakapan] sewa bas, kapal terbang, dan lain-lain bagi tempoh, tujuan, dan orang tertentu.
Author Archives: admin
carta
1. peta yang disediakan untuk membantu pelayaran atau penerbangan;
2. helaian yang memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dan lain-lain) dalam bentuk graf, jadual, atau gambar rajah;
~ alir = ~ aliran (Komputer) gambar rajah atau perwakilan grafik yang digunakan untuk menunjukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau untuk memaparkan langkah-langkah pemprosesan yang dilakukan;
~ pai sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik untuk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dan lain-lain dalam bentuk bulatan yang dibahagi-bahagikan;
~ palang sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik yang menggunakan jalur yang sama lebar secara menegak atau mendatar untuk mewakili maklumat atau data;
mencartakan
1. merakamkan sesuatu maklumat dalam bentuk carta:
~ perubahan suhu setiap dua hari;
2. [kiasan] merangka atau menyusun sesuatu gagasan secara teratur:
penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air;
pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan:
~ pergerakan harga barang keperluan asas;
pencarta (Ekonomi) orang yang menggunakan carta tertentu untuk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pada masa hadapan.
caring
[arkaik];
mencaring melanggar (hak).
carik IV
~ kapan sejenis burung hantu, Strix seloputo.
carik III
akar ~ puteri sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar keladi enggang, akar puding rimba, lakum laut, Vitis cinnamomea.
carik II
[Jawa] jurutulis, kerani.
carik I
1. cabik, robek, sobek, koyak memanjang;
2. = carikan cabikan;
3. helai, keping:
se~ kertas;
sirih se~;
bercarik-carik carik di sana sini, cabik-cabik:
habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya;
mencarik mencabik, mengoyak;
mencarik-carik mencabik-cabik, mengoyak-ngoyakkan.
cari gali
kegiatan atau usaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dan sebagainya) dengan menggerudi jauh ke dalam tanah atau dasar laut:
katanya, nisbah penemuan dalam satu-satu usaha ~ di Malaysia adalah satu penemuan dalam enam usaha ~; borang ini mengandungi butir-butir keluaran dan ~ yang lalu;
mencari gali berusaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dan sebagainya) dengan menggerudi tempat tertentu di daratan atau di dasar laut:
bagi Malaysia, kepentingan strategi ketenteraan dititikberatkan lebih daripada kepentingan ~ minyak;
pencari gali orang yang kerjanya mencari gali (minyak, emas dan sebagainya).
cari
1. [bahasa percakapan] berusaha untuk mendapat (menjumpai dan lain-lain) sesuatu:
di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu;
2. [Minangkabau] harta milik (pencarian);
~ bagi harta pencarian yang dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai);
bercari [Minangkabau] dicari (berkenaan (dengan) persetujuan);
kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ (peribahasa) janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan;
bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, dibuat-buat:
perkara yang ~;
bercari-carian saling berusaha mencari;
mencari
1. berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yang hilang atau tidak diketahui mana perginya;
2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan):
dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai;
~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara untuk mencapai tujuan;
~ bala = ~ susah membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan;
~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh-sungguh;
~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja);
~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu untuk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dan lain-lain);
~ helah (alasan) memikirkan sesuatu untuk dijadikan sebab atau alasan (melakukan atau tidak melakukan sesuatu);
~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira);
~ kesalahan = ~ salah berusaha untuk mengetahui kesalahan orang;
~ ketam (burung, udang, dan lain-lain) menangkap ketam (burung, udang, dan lain-lain);
~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) untuk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) untuk memperoleh rezeki;
~ muka melakukan sesuatu dengan tujuan mendapat pujian (daripada majikan dan lain-lain);
~ nama berbuat sesuatu (berusaha) untuk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) daripada orang;
~ punca berusaha untuk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dan lain-lain);
~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu;
enau ~ sigai (peribahasa) perempuan mencari laki-laki;
mencari-cari
1. mencari dengan bersungguh-sungguh, terus mencari:
dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu;
2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dan lain-lain), mengada-adakan (hal, alasan, dan lain-lain);
mencarikan mencari sesuatu untuk:
Batin Itam itulah yang amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya;
tercari-cari (sedang) mencari dengan sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari;
carian sesuatu yang dicari;
~ bujang harta yang diperoleh sebelum berkahwin;
pencarian
1. perihal mencari:
tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian;
2. = mata ~ pekerjaan yang dibuat sehari-hari untuk penghidupan:
~ orang di sana menoreh getah;
3. pendapatan, hasil pekerjaan:
~nya yang sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti;
pencari
1. orang yang mencari sesuatu yang abstrak (kebenaran, haluan, dan lain-lain):
~ kebenaran ini diumpamakan seperti orang buta;
2. orang yang mendapatkan nafkah (rezeki dan lain-lain) untuk menyara keluarga:
lelaki dikatakan bekerja sebagai ~ nafkah.
carca
[Kelantan] sejenis kuih (dibuat daripada pulut atau tepung gandum).