conggang

~-canggik = ~-canggit = ~-conggek = ~ congget turun naik (punggung dan lain-lain) sewaktu berjalan dan lain-lain.

congcong

~ hari sejenis tumbuhan (rumpai), cenderung hari, condong hari, jenduang hari, rumput sepagi, rumput tahi babi, Vernonla cinerea.

congak II

~-cangit mendongak dan menundukkan muka berkali-kali;

mencongak menaikkan (mengangkat) kepala atau muka ke atas, mendongak:
dia ~ memandang kepada aku;

mencongakkan mendongakkan kepala (muka).

congak I

kira-kira (taksiran) yang dibuat dalam kepala sahaja (tidak dengan menuliskan pada kertas atau menggunakan alat pengira):
pada ~nya, hutang yang bertabur itu tidak kurang daripada lima ribu;
angka-angka itu dapat dicampurkan dengan ~ sahaja;

mencongak
1. menghitung atau mengira dalam kepala sahaja (tidak dengan mengira-ngira pada kertas atau menggunakan sesuatu alat pengira):
ayat yang di dalam kurungan itu menunjukkan taakul yang mesti dibuat dengan ~ sahaja, tidak payah dituliskan;

2. mengagak (meneka, menduga):
dia tidak dapat ~ apa yang akan jadi pada masa hadapan.