congkak III

= main ~ sejenis permainan yang menggunakan kayu bujur yang berlubang-lubang dan buah-buahnya daripada biji saga (buah gorek, kulit lokan, dan lain-lain), atau lubang-lubang yang dikorek di tanah;
buah ~ biji saga (buah gorek, kulit lokan, dan lain-lain) yang digunak

congkak II

sejenis binatang seperti kerang atau lokan;
jenis-jenisnya:
~ baiduri, ~ kedah, ~ putih dan lain-lain.

congkak I

sombong, bongkak, pongah;
~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong;
kerana ~ badan binasa (peribahasa)
a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka;
b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka;

kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan.

congkah

~-cangkih = ~-mangkih tidak teratur (seperti mencuar ke sana sini, tinggi rendah, dan lain-lain), tidak keruan, tidak tentu hala;

mencongkah menggali:
jikalau ditanam pun, habis dicongkah oleh babi.

conggok

tegak (dengan kepala tidak tunduk);

berconggok berdiri atau duduk tegak:
para pelajar yang ~ di depan telah hebat memberi riak dalam jiwa;

menconggokkan menegakkan;

terconggok tertegak.