copet

, = tukang ~ pencuri (wang dalam saku, barang-barang yang dipakai, dan lain-lain), penyeluk saku;

mencopet mencuri (wang dalam saku), menyeluk saku;

kecopetan kehilangan barang (wang) kerana kena curi, kecurian;

pencopetan perihal mencopet (barang-barang yang dipakai dan lain-lain), pencurian;

pencopet orang yang mencopet, penyeluk saku.

copeng

cuping;

copengan potongan atau kepingan kecil, serpihan:
dia ternampak ~ kertas ketika berjalan.

cop II

[Kedah] meniup (lilin, pelita minyak tanah) dengan menggunakan mulut, menghembus.

cop I

[Kedah]

1. sejenis alat untuk menggali tanah;

2. sejenis alat yang digunakan untuk mengupas kelapa.

contong

[Jawa] daun atau kertas pembungkus yang berbentuk kon, kelongsong (kacang dan lain-lain).

contoh

1. benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dengan semua benda daripada jenisnya, benda yang dapat mewakili benda lain kerana sama sifat-sifatnya:
jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja;

2. benda yang lain, benda untuk ditiru, model:
guru membuat ~ di papan hitam untuk murid-murid;

3. acuan, cetakan;

4. perbuatan (kelakuan, hal) yang menjadi teladan:
tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid;
mengambil ~ kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang
(peribahasa) sesuatu yang hendak ditiru itu biarlah daripada contoh yang telah memberi hasil yang baik;
bagaimana ~, begitulah kuihnya (peribahasa) anak itu menurut sifat atau teladan daripada orang tuanya;

mencontoh mengambil jadi contoh, meneladan, meniru:
kelakuan buruk jangan dicontoh;

mencontohi
1. membuat sesuatu dengan mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani:
guru hendaklah dari mula menunjukkan tabiat yang baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak;
kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW;

2. [arkaik] memberi contoh kepada;

mencontohkan 1. mencontoh;
2.
= mempercontohkan memberikan sesuatu sebagai contoh, menjadikan contoh:
masalah ini samalah seperti seseorang melihat sebuah rumah yang saya contohkan dahulu;

contohan yang menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya;

percontohan
1. benda-benda yang dijadikan contoh (seperti barang dagangan dan lain-lain);
nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dan lain-lain);

2. benda untuk ditiru, model:
desa ~.

conteng

coreng, coret, calit, palit;

berconteng-conteng bercoreng-coreng (dengan cat, arang, dan lain-lain), bercalit-calit, berpalit-palit:
papan hitam itu dilihatnya penuh ~ dengan kapur;

menconteng mencoreng (dengan cat, arang, kapur, dan lain-lain), mencalit, memalit:
adik saya suka sangat ~ buku saya;
~ arang di muka (peribahasa) memberi malu (aib);

mencontengkan mencorengkan, memalitkan:
ia asyik ~ cat di papan itu;

terconteng
1. sudah diconteng, tercoreng;

2. [kiasan] mendapat malu (aib);

contengan hasil menconteng:
kertas yang putih bersih itu menjadi comot dengan ~;

penconteng orang yang menconteng atau mencontengkan.