cota

kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, tongkat waran, belantan, martil.

corot II

terkebelakang (dalam perlumbaan dan lain-lain), tertinggal di belakang sekali;

pencorot orang yang terkebelakang (tiba paling lewat) sekali.

corot I

muncung atau cerat (cerek dan lain-lain);
~ pelita tempat sumbu pelita;

mencorotkan memancarkan, memancurkan (air dan lain-lain).

corong

1. saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air (minyak dan lain-lain) supaya jangan tumpah;

2. = ~ bicara (suara) alat yang berbentuk kelongsong untuk menguatkan suara;

3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong;

4. = ~ lampu salur kaca untuk melindungi nyala lampu, cimni lampu;

5. teropong (untuk melihat jauh);

6. alat penguat suara, mikrofon;
~ Baermann (Biologi) radas yang digunakan untuk mengasingkan organisma kecil daripada suatu sampel (biasanya tanah);
~ dengar alat untuk mendengar yang dipakai oleh orang yang agak pekak;
~ radio alat yang menangkap suara untuk disiarkan melalui radio;
~ telefon gagang telefon;

mencorong
1. bersinar dengan terangnya (berkenaan (dengan) lampu, matahari, dan lain-lain);

2. menyuluhi (menerangi) dengan lampu corong;

mencorongkan
1. menyinarkan, menerangkan;

2. memancarkan (cahaya, suara, dan lain-lain).

coret I

garis panjang;
corat-~
a) garis-garis yang tidak tentu hala;
b) gambar yang dilukis dengan garis-garis (jangan tidak sahaja rupanya);
c) tulisan yang tidak elok;
d) karangan yang ditulis jangan tidak atau untuk gambaran ringkas;
e) pementasan pendek;

mencoret
1. menggaris panjang;

2. mencorek, membatalkan atau memotong tulisan (perkataan yang salah) dengan coret;

3. membuat sketsa (lakonan dan lain-lain);

4. [kiasan] menghapuskan, meninggalkan, tidak mengira atau tidak memasukkan dalam perkiraan;

coretan sketsa, gambaran (lukisan) ringkas:
inilah kisahnya satu ~ hidup gadis kota;

pencoretan perihal atau perbuatan mencoret;

= corat.