simbol kimia bagi kuprum.
Author Archives: admin
Cs
simbol kimia bagi sesium.
Cr
simbol kimia bagi kromium.
CPU
[kependekan] Central Processing Unit (Unit Pemprosesan Pusat).
cowok
[bahasa percakapan]
1. [Indonesia] lelaki yang masih muda;
2. teman lelaki.
coulomb
(Fizik) banyaknya tenaga elektrik yang dialirkan oleh arus elektrik sebanyak satu ampere dalam satu saat.
cotok
paruh ayam (burung dan lain-lain);
salah ~ melantingkan (peribahasa)
a) sesuatu perbuatan yang salah itu harus dibetulkan;
b) melakukan sesuatu pekerjaan itu hendaklah dengan sewajarnya, kalau tidak kesusahan akibatnya;
salah ~ berkudung paruh, salah telan belah perut (peribahasa) kesalahan akan dihukum dengan sewajarnya atau menurut adat yang ditentukan;
mencotok mencatuk, memagut, mematuk:
ayam ~ makanan.
cotet
1. [Kedah] sedikit sahaja (berkenaan (dengan) siput, kondai, dan lain-lain);
2. conet.
cotek II
[Kelantan]
1. tempat yang tertinggi sekali (seperti kemuncak bukit dan lain-lain);
2. [kiasan] yang tertinggi (teratas).
cotek I
bercotek-cotek sedikit-sedikit, beransur-ansur.