[Perak] siram, simbah.
Author Archives: admin
cuak II
binatang (kerbau, gajah, dan lain-lain) yang digunakan untuk memikat.
cuak I
takut, cemas, gentar;
mencuakkan menyebabkan cuak, menakuntukan, mencemaskan:
filem itu memaparkan beberapa banyak babak yang ~ hati;
kecuakan perasaan cuak (takut, cemas, gentar), ketakutan:
di wajah askar itu, terbayang ~ akan kebesaran Allah.
cuai
1. tidak hati-hati dalam membuat sesuatu, lalai, abai:
orang yang menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka;
2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga;
mencuaikan
1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dan lain-lain):
rumah tangga yang dicuaikan kerana berkhidmat kepada tanah air;
2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dan lain-lain);
kecuaian perihal cuai, kelalaian:
nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu;
pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian:
nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu.
cuah
[Kelantan];
mencuah mencurah, membuang.
cuaca
keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dan lain-lain) di sesuatu tempat pada sesuatu ketika tertentu:
~ baik;
~ gelap;
~ terang;
mendengar laporan keadaan ~ melalui radio;
ilmu kaji ~ pengetahuan berkenaan keadaan udara.
cua
[arkaik] kecewa, tidak senang.
cu III
[kata seru] kata untuk menyuruh gajah berenang.
cu II
ciu (sejenis minuman keras).
cu I
[kependekan] bongsu;
pak ~ pak bongsu (pak cik);
mak ~ mak bongsu (mak cik).