dengung

bunyi yang bergema seperti bunyi kumbang (kapal terbang, gong yang dipalu, dan lain-lain);

berdengung, berdengung-dengung, mendengung berbunyi (bersuara) bergema:
motokar meluncur berdengung-dengung;

mendengungkan
1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema):
gong yang dipalu itu pun ~ bunyi yang memekakkan telinga;

2. = mendengung-dengungkan [kiasan] menghebah-hebahkan, menyebarkan (berita):
pihak musuh sering mendengung-dengungkan keburukan yang berlaku dalam negeri kita;

dengungan
1. bunyi yang berdengung (mendengung), dengung:
~ pukulan gong sayup-sayup kedengaran dari tempat kami;

2. [bahasa percakapan] propaganda, diayah:
segala ~ yang dilaungkan oleh pihak musuh tidak memberi bekas apa-apa kepada kita.

denguk

terdenguk tergerak-gerak ke kiri ke kanan dan sebagainya (kepala lembu, kerbau, dan lain-lain) ketika makan rumput.

dengkus

bunyi seperti bunyi menarik (menghembuskan) nafas dengan hidung;

berdengkus, mendengkus mengeluarkan bunyi dengkus.

dengkur

1. bunyi seperti bunyi nafas yang kuat (dari orang yang sedang tidur), keruh;

2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yang amat sangat):
terdengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yang kuat;

berdengkur, mendengkur
1. mengeluarkan dengkur (ketika tidur), berkeruh, mengeruh:
tidur ~;

2. tidur dengan nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur:
apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~;

dengkuran dengkur, bunyi mendengkur:
Fauzi dengan mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula seperti bunyi harimau menantikan mangsanya.

dengkung

bunyi kung kung (bunyi seperti bunyi jeritan anjing yang dipukul atau bunyi besi dipalu dan lain-lain);

berdengkung, mendengkung berbunyi kung kung, mengeluarkan bunyi dengkung;

berdengkung-dengkung berdengkung (berbunyi dengkung) berulang kali.

dengkul III

[Jawa], [bahasa percakapan] bohong, dusta, palsu;
berita (khabar, radio) ~ [bahasa percakapan] berita palsu;
modal ~ [bahasa percakapan] modal pada cakap sahaja, modal kosong;
saksi ~ saksi yang palsu.