dengkang I

bunyi seperti bunyi katak;
si dengkang

[sastera lama] [arkaik] katak:
si ~ berbunyi malam;

berdengkang-dengkang
1. berbunyi seperti bunyi katak;

2. (tertawa dengan) berdekah-dekah (kuat):
nakhoda tertawa ~.

denging, dengingan

bunyi dengung yang halus:
dengarkah detak nadiku bagai ~ jutaan lebah?

berdenging, mendenging, mendenging-denging berbunyi denging di telinga (sebab percakapan yang pedas-pedas dan lain-lain):
berdenging-denging telinga Pak Haji Samad mendengar sindiran orang-orang muda itu.

dengik II

[Jawa];

mendengik memandang dengan mengeluarkan kepala (di jendela dan sebagainya), menjenguk.

dengih

bunyi seperti bunyi orang menahan kesakitan (biasanya senak perut), bunyi seperti orang sesak nafas;

terdengih-dengih kembang kempis dadanya (seperti orang yang memikul barang yang sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih.

denggi

= demam ~ penyakit virus yang berjangkit melalui gigitan oleh nyamuk Aedes, yang dicirikan dengan sakit kepala, demam, sakit pada sendi dan ruam.

dengar-dengar

menurut khabar yang diterima, menurut yang diketahui:
~nya Idah selalu bergaduh di sana;
~ angin
menurut khabar angin;

berdengar [Minangkabau] didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan);

mendengar
1. menangkap (bunyi, suara) dengan telinga:
pada mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu;

2. mendapat (khabar, berita, dan lain-lain), mendapat tahu:
setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja;

3. memberikan perhatian kepada kata-kata dan sebagainya seseorang (untuk mengikutnya, mempertimbangkannya, dan sebagainya), mempedulikan, mengikut (kata, suruhan, dan lain-lain):
kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya;
~, mengingat (menimbangkan) memutuskan
[Indonesia] (digunakan berkaitan dengan) proses membuat sesuatu keputusan (resolusi);
dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk (peribahasa) hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan mendengar cakap orang;
didengar ada, dipakai tidak (peribahasa) tidak mengikut nasihat;

mendengarkan, mendengari
1. mendengar akan (sesuatu):
fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan;
kemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yang pernah didengarinya daripada seorang komunis yang ditawan;

2. mengendahkan, mempedulikan, mengikuntukan (nasihat, bujukan, dan lain-lain):
jangan kamu dengarkan sangat cakap orang;

memperdengarkan
1. melakukan sesuatu (seperti memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dan sebagainya) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dan sebagainya) melalui radio:
Hamzah sering diundang untuk ~ gesekan biolanya dalam majlis yang besar-besar;

2. menyiarkan (mengemukakan dan sebagainya) supaya diketahui umum atau orang lain:
keluhan para isteri tentang kelakuan suami yang keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah;

terdengar
1. (sudah) didengar:
apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang;

2. dapat (boleh) didengar:
sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju;

3. [kiasan] sanggup (tahan) didengar:
tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing;

4. didengar, diketahui:
berita itu sudah ~ merata-rata;

terdengar-dengar seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah belum luput dari telinga;

dengar-dengaran
1. mempedulikan, mengendahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dan sebagainya):
jangan tuanku ~ akan sembah orang yang tiada sebenarnya;

2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan seperti terdengar-dengar:
cuma ~ saya sahaja agaknya;

kedengaran
1. (dapat) didengar, terdengar:
dari jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin;

2. diperoleh berita, diketahui:
setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah;

pendengaran
1. pancaindera untuk mendengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga):
kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi;

2. perihal mendengar(kan), apa yang dapat didengar:
Kak Bedah mengangkat kepalanya untuk menjelaskan ~nya;

pendengar
1. alat (perkakas, benda) untuk mendengar(kan);

2. orang yang mendengar (bunyi, percakapan, dan sebagainya):
~ radio;

3. = pendengaran pancaindera untuk mendengar;

4. [Indonesia] mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.

dengar

panggil tak ~ ki jauh (sekali);
corong ~ [Indonesia] corong alat mendengar;
salah ~ salah menangkap (percakapan, kata-kata yang dituturkan, dan lain-lain);

dengap

berdengap
1. berdenyut kencang (berkenaan (dengan) jantung), berdebar:
selepas berlari berkeliling padang itu beberapa kali, jantungnya mulai ~;

2. sesak nafas;

mendengap mendenyut-denyut (berkenaan (dengan) jantung dan lain-lain):
kepalanya ~ selalu.

dengan II

1. [sastera lama] sahabat, kawan, teman;

2. [Minangkabau], [sastera lama] hamba, sahaya:
Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya;

3. [sastera lama] saya, aku.