menurut khabar yang diterima, menurut yang diketahui:
~nya Idah selalu bergaduh di sana;
~ angin menurut khabar angin;
berdengar [Minangkabau] didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan);
mendengar
1. menangkap (bunyi, suara) dengan telinga:
pada mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu;
2. mendapat (khabar, berita, dan lain-lain), mendapat tahu:
setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja;
3. memberikan perhatian kepada kata-kata dan sebagainya seseorang (untuk mengikutnya, mempertimbangkannya, dan sebagainya), mempedulikan, mengikut (kata, suruhan, dan lain-lain):
kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya;
~, mengingat (menimbangkan) memutuskan [Indonesia] (digunakan berkaitan dengan) proses membuat sesuatu keputusan (resolusi);
dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk (peribahasa) hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan mendengar cakap orang;
didengar ada, dipakai tidak (peribahasa) tidak mengikut nasihat;
mendengarkan, mendengari
1. mendengar akan (sesuatu):
fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan;
kemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yang pernah didengarinya daripada seorang komunis yang ditawan;
2. mengendahkan, mempedulikan, mengikuntukan (nasihat, bujukan, dan lain-lain):
jangan kamu dengarkan sangat cakap orang;
memperdengarkan
1. melakukan sesuatu (seperti memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dan sebagainya) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dan sebagainya) melalui radio:
Hamzah sering diundang untuk ~ gesekan biolanya dalam majlis yang besar-besar;
2. menyiarkan (mengemukakan dan sebagainya) supaya diketahui umum atau orang lain:
keluhan para isteri tentang kelakuan suami yang keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah;
terdengar
1. (sudah) didengar:
apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang;
2. dapat (boleh) didengar:
sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju;
3. [kiasan] sanggup (tahan) didengar:
tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing;
4. didengar, diketahui:
berita itu sudah ~ merata-rata;
terdengar-dengar seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah belum luput dari telinga;
dengar-dengaran
1. mempedulikan, mengendahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dan sebagainya):
jangan tuanku ~ akan sembah orang yang tiada sebenarnya;
2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan seperti terdengar-dengar:
cuma ~ saya sahaja agaknya;
kedengaran
1. (dapat) didengar, terdengar:
dari jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin;
2. diperoleh berita, diketahui:
setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah;
pendengaran
1. pancaindera untuk mendengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga):
kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi;
2. perihal mendengar(kan), apa yang dapat didengar:
Kak Bedah mengangkat kepalanya untuk menjelaskan ~nya;
pendengar
1. alat (perkakas, benda) untuk mendengar(kan);
2. orang yang mendengar (bunyi, percakapan, dan sebagainya):
~ radio;
3. = pendengaran pancaindera untuk mendengar;
4. [Indonesia] mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.