[arkaik] dengkol.
Author Archives: admin
dengkot
pendek sebelah kakinya (kerana cacat, cedera dan sebagainya) sehingga menyebabkannya berjalan terhincut-hincut, tempang:
kaki kanannya ~ sedikit akibat kemalangan kereta yang dialaminya itu;
berdengkot-dengkot berjalan terhincut-hincut kerana dengkot, berjengkot:
lelaki itu ~ mengheret kakinya;
terdengkot-dengkot (berjalan) dengan keadaan kaki yang dengkot, terhincut-hincut:
orang itu ~ berjalan ke gigi air untuk mengutip bola.
dengkol
1. bengkok (lengan dan lain-lain), cengkol;
2. [kiasan] telor, pelat.
dengkis
sejenis ikan laut, Siganus spp.;
~ gebang sejenis ikan laut, Acanthurus dussumierii;
~ lada, Siganus jarus.
dengking
bunyi seperti bunyi salakan anjing kesakitan (kerana dipukul dan sebagainya);
berdengking, mendengking menjerit atau berteriak (seperti salakan anjing);
mendengking-dengking mendengking berulang kali:
anjing itu ~ kesakitan apabila terkena balingan batu.
dengkik
1. kedengkik, sangat kurus, kurus kering (dan lemah);
2. tidak dalam (berkenaan (dengan) pengetahuan), cetek.
dengki
1. = kedengkian kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat, niat jahat yang terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati):
tiada aku mengadakan segala perkataan ini oleh sebab ~;
difitnahkannya pemuda itu kerana ~nya;
2. = berdengki menaruh perasaan benci (niat jahat dan sebagainya) terhadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yang amat sangat:
apalah gunanya kita ~ sesama kita;
berdengki-dengkian saling berdengki;
mendengki dengki pada (terhadap), menaruh kebencian (niat jahat) terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yang amat sangat):
tidak ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri;
dengki-mendengki saling berdengki:
semua penduduk Madinah tidak harus bermusuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain;
pendengki (orang yang sifatnya) suka mendengki:
Ahmad itu ~ sungguh orangnya.
dengket
[Perlis] berjalan dengan sebelah kaki.
dengkel
1. tidak berisi (buah-buahan seperti durian dan lain-lain), kering, tidak berair (berkenaan (dengan) buah-buahan);
2. kaku atau bengkak pada buku lali.
dengkang II
~-dengkol bengkang-bengkok (tangan, pokok, dan lain-lain).