ekabahasa

1. (berkenaan (dengan) kamus) dalam satu bahasa (keseluruhan kandungannya, iaitu perkataan dan lain-lain yang ditakrif, takrif, serta maklumat lain yang diberikan):
Kamus Dewan ialah kamus ~;

2. (berkenaan (dengan) orang) mengetahui atau boleh bertutur dan sebagainya dalam satu bahasa sahaja (biasanya bahasa ibundanya);

berekabahasa dapat bertutur dalam satu bahasa sahaja:
kelas peralihan untuk murid-murid yang ~ Melayu.

eka

– (Sanskrit) awalan asing esa, satu, tunggal, misalnya ekabahasa.

ek

[bahasa percakapan] berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan, dan sebagainya):
walaupun dia tidak mempunyai kerja, dia selalu ~.

ejen

1. orang (syarikat dan sebagainya) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual:
barang-barang gudang kalau dibeli daripada ~nya tentu lebih murah;

2. orang yang diupah (digaji) untuk melakukan sesuatu untuk orang lain (pemerintah dan lain-lain):
beberapa orang ~ musuh telah ditangkap sebelum mereka sempat melakukan kerja menyerobot;
~ provokasi
ejen rahsia yang digaji untuk memprovokasi orang yang disyaki melakukan perbuatan salah.

ejek-mengejek

saling mengejek antara satu sama lain;

berejekan ejek-mengejek:
antara mereka saling ~;

ejekan perbuatan mengejek, cemuhan, olok-olok (untuk menghina), sindiran:
saya sudah lali dengan ~ mereka semua.

ejek

mengejek mempersendakan (mempermainkan, mentertawakan) orang (dengan mengajuk, mengeluarkan kata-kata yang memarahkan dan lain-lain), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina, menyindir:
engkau yang ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya engkau;