pemeriksaan struktur (organ atau tisu) dalaman tubuh dengan teknik ultrabunyi.
Author Archives: admin
eklektisisme
amalan atau prinsip memilih sesuatu (objek, idea, gaya, kepercayaan, sistem dan sebagainya) daripada berbagai-bagai sumber agar memperoleh pilihan yang terbaik.
eklektik
dipilih atau diperoleh yang terbaik daripada berbagai-bagai sumber yang berlainan (berkenaan (dengan) idea, gaya, kepercayaan, objek dan sebagainya):
pendekatan ~;
kaedah ~.
ekistik
(Geografi) kajian tentang petempatan manusia.
ekeh
[Minangkabau];
terekeh-ekeh terngap-ngap, termengah-mengah.
ekawarna
mempunyai satu warna.
ekasuku
(Linguistik) mempunyai satu suku kata (berkenaan (dengan) perkataan).
ekar
ukuran luas yang bersamaan dengan 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegi.
ekapaksi
mempunyai satu paksi.
ekamatra
1. mempunyai satu dimensi, berukuran satu;
2. baris puisi yang mempunyai satu kaki matra sahaja.