ejan I

mengejan meneran (apabila membuang air besar, ketika perempuan hendak bersalin, dan lain-lain);

= rejan I.

eja

mengeja membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan:
~ perkataan sama ialah s-a-m-a;

ejaan kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf:
penyelarasan ~ khususnya tertumpu pada kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dan lain-lain);

pengejaan perihal mengeja.

ehem

1. bunyi batuk kecil;

2. [kata seru] kata untuk menyatakan tahu akan sesuatu (rahsia dan lain-lain):
~, aku tahulah!

eh

[kata seru] kata untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain):
~, dulu di sinilah dia tinggal! Sudah dipindahkan dia agaknya?

egosentrik

(Psikologi) bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain).