emulsi

(Kimia)

1. koloid yang merupakan campuran dua atau lebih cecair yang tidak bercampur sepenuhnya, misalnya susu;

2. bahan peka cahaya yang terdapat pada permukaan filem fotografi;
cat ~ sejenis cat yang pigmennya terampai, biasanya dalam resin sintetik, yang tersebar dalam air sebagai emulsi;

pengemulsian
1. proses mencampurkan dua atau lebih cecair yang tidak bercampur sepenuhnya dengan menggoncang campuran tersebut;

2. proses menambahkan bahan kimia kepada sesuatu emulsi untuk mengekalkan keadaan emulsinya;

pengemulsi
1. bahan kimia yang ditambahkan kepada bahan lain dalam keadaan emulsi, seperti makanan, untuk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dan sebagainya tidak berubah, misalnya lesitin dalam marjerin;

2. alat, seperti mesin pengisar untuk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih cecair.

emu

sejenis burung besar yang tidak dapat terbang, bentuknya seakan-akan burung unta (terdapat di Australia ), Dromaius novaehollandiae.

empunya

1. pemiliknya, tuannya:
harta pulang ke ~;

2. = empunyai [arkaik] mempunyai, memiliki:
tiap-tiap orang Lampung ada ~ kebun lada yang berisi seribu dua batang lada;
barang siapa ~ untung, ia beroleh Sita Dewi;
yang ~
(orang) yang punya (tuannya, pemiliknya);

= punya.

empulur I

isi atau bahagian yang lembut dalam batang tumbuh-tumbuhan jenis palma, seperti kelapa, pinang, dan lain-lain;

= mempulur II.

empul

[arkaik];

mengempul (berkenaan (dengan) perahu) terumbang-ambing (terapung-apung) tidak boleh mara kerana datang angin atau arus dari depan.

empuk I

1. (berkenaan (dengan) makanan seperti ubi rebus dan lain-lain) lembut dan senang dikunyah;

2. gebu, tidak keras dan tidak lisut:
isteri mudanya terbaring di tilam ~;
mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya;

3. (berkenaan (dengan) kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput;

4. (berkenaan (dengan) suara) sedap bunyinya, merdu;
batu pun ~, jangankan hati manusia (peribahasa) hati manusia yang keras dapat dilembuntukan dengan perkataan yang manis dan lemah lembut;

mengempukkan menjadikan empuk (melembuntukan dan lain-lain);

keempukan keadaan empuk, kegebuan:
aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya.

empuan

perempuan;
engku (tengku) ~ panggilan kepada permaisuri (isteri raja);
datuk ~ panggilan kepada isteri datuk (orang besar).