doktrin bahawa pengalaman praktis (bukan teori) adalah asas pengetahuan.
Author Archives: admin
empirik, empirikal, empiris
[Indonesia-Belanda] berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori:
kaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data.
emping
sejenis kudap-kudapan yang dibuat daripada padi muda atau daripada buah belinjau (yang disangai dan ditumbuk tipis-tipis);
~ belinjau emping yang dibuat daripada buah belinjau;
mengemping, memperemping membuat emping, menumbuk (untuk membuat emping):
terdengar bunyi antan nyaring bertingkah, itulah tandanya orang sedang ~;
peremping;
masak ~ (berkenaan (dengan) padi) belum masak betul dan elok untuk dibuat emping;
pengemping = lesung ~ lesung tempat membuat emping.
emper
[Jawa]
1. = emperan serambi (di depan, di rusuk, atau di belakang rumah);
2. atap tambahan yang bersambung dengan rumah ibu, sengkuap.
empening
mempening.
empenak
[arkaik] pujuk ~ pujukan dan kata-kata manis untuk menyukakan hati dan lain-lain;
mengempenak menyukakan (menyenangkan) hati orang, memanjakan anak, dan lain-lain.
empelas
sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya kesat dan digunakan untuk melicinkan kayu dan lain-lain), Tetracera assa;
~ hari
a) sejenis tumbuhan (pokok yang wangi bau bunga dan kulitnya), akar bagan, mempelasari, pelasari, pulasari, Alyxia lucida;
b) sejenis tumbuhan (pokok), pelasari, pulasari, Alyxia forbesii;
kertas ~ kertas pasir;
berempelas sudah dilicinkan (dengan empelas):
di bawah muka pintu tempat Bendahara duduk itu, ada disediakan usungan yang telah ~;
mengempelas, mengempelasi melicinkan dengan daun (kertas) empelas;
pengempelas;
alat ~ sesuatu yang digunakan untuk mengempelas.
empek II
[Cina] bapa;
empek-empek orang lelaki yang sudah tua benar, kakek-kakek.
empek I
mengempek terlalu ingin (akan sesuatu).
empedu
= hempedu.