[kata seru] yang empunya, pemilik.
Author Archives: admin
empu II
~ jari ibu jari tangan;
~ kaki ibu jari kaki.
empu I
[sastera lama]
1. tuan;
2. orang yang mahir (ahli) dalam sesuatu (terutama dalam membuat keris);
mengempukan memerintah:
setelah beberapa lamanya ~ negeri Aceh, maka Raja Muzafar Shah pun hilang.
empoyan II
sejenis tumbuhan (pokok kecil), mengkoyan, tempoyan, Rhodamnia trinervia.
empoyan I
gelendong tempat menggulung tali kail (pancing), kili-kili;
= lempoyan.
empos
[Jakarta];
mengempos, mengemposi
1. menghembus, meniup;
2. memeram (pisang dan lain-lain) dengan memanaskannya dengan karbida dan lain-lain;
emposan buah-buahan yang masak dengan diempos.
emporium
kedai besar yang menjual pelbagai barang (termasuk makanan, pakaian, peralatan dapur, peralatan sukan, dan lain-lain).
empok
[Jakarta]
1. kakak;
2. panggilan kepada orang perempuan;
empok-empok orang perempuan.
empoh
(berkenaan (dengan) air sungai dan lain-lain) melimpah, bah, banjir, sebak;
mengempoh, mengempohi menggenangi, mengairi:
air hujan ~ tanah-tanah yang rendah;
keempohan perihal diempoh(i), keairan;
pengempohan pengairan, penggenangan.
empis
pagar untuk melorongkan binatang masuk ke dalam perangkap.