epigram

1. puisi (sajak) yang pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir;

2. ungkapan atau perkataan yang pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir.

epigraf

1. tulisan yang terdapat pada tugu, bangunan, dan sebagainya, prasasti;

2. petikan yang dicetak pada bahagian awalan buku atau pada permulaan bahagian atau bab buku yang menggambarkan tema buku yang berkenaan.

epigoni

orang yang meneruskan dan memperkembang karya-karya seniman daripada angkatan yang telah lalu.

epiglotis

(Biologi) struktur rawan nipis dekat pangkal lidah yang berfungsi menutup bukaan larinks semasa proses menelan supaya makanan atau minuman tidak termasuk ke dalam paru-paru.

epifora

(Linguistik) pengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat dalam rangkap atau ayat yang berturutan untuk mencapai kesan stilistik tertentu, misalnya rima di akhir baris dalam rangkap syair.

epifit

(Biologi) tumbuhan herba yang menggunakan tumbuhan lain atau benda (seperti dinding bangunan) untuk mendapatkan sokongan fizikal (tanpa mendapatkan makanan daripada tumbuhan yang ditumpangi), misalnya anggerik, lumut.

epididimis

(Biologi) tiub berlingkar di belakang testis, tempat laluan, simpanan, dan pematangan sperma.