kajian tentang enzim.
Author Archives: admin
enzim
(Biologi) bahan kimia yang terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan, dan lain-lain) yang menyebabkan perubahan kepada bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri:
air liur mengandungi ~ yang boleh menghancurkan kanji dalam makanan untuk dijadikan gula yang boleh larut.
enuresis
(Perubatan) keluarnya kencing secara luar kawal, terutamanya sewaktu tidur.
entrisme
amalan menyusup masuk ke dalam sesebuah pertubuhan politik yang sedia ada dengan tujuan mengubah ideologi atau dasarnya dan sebagainya.
entri
1. perkara (butiran, maklumat, dan lain-lain) yang dimasukkan ke dalam sesuatu senarai (rakaman dan lain-lain):
semua ~ disusun mengikut susunan abjad;
2. karya (ciptaan dan lain-lain) yang dikemukakan untuk menyertai sesuatu pertandingan dan sebagainya:
daripada beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13 buah sahaja yang berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-GAPENA;
3. kata atau ungkapan utama dalam kamus yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dan sebagainya, kata masukan.
entrepot
1. gudang untuk barang-barang perdagangan;
2. pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yang menjadi tempat mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan.
entre
[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] belanja masuk (untuk melihat sesuatu pertunjukan), wang pertaruhan (seperti yang dibayar dahulu ketika menjadi ahli persatuan dan lain-lain).
entot
[Jakarta];
mengentot [bahasa kasar] bersetubuh (dengan).
entong
[Jakarta] panggilan kepada anak lelaki.
entomologi
kajian tentang serangga.