(Biologi) pendebungaan yang dilakukan oleh serangga.
Author Archives: admin
entiti
sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri:
seterusnya sebagai data kajian, sastera harus diamati sebagai ~ yang bebas daripada konteks sejarah.
entigis
[kata seru] bahagian sungai yang paling hulu:
kawasan ~ sungai Rejang akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan.
enterozoa
(Biologi) parasit haiwan yang terdapat di dalam usus.
enterotomi
(Perubatan) sebarang pembedahan pada usus.
enterostomi
(Perubatan) pembentukan bukaan kekal secara pembedahan dari luar tubuh ke dalam usus melalui dinding abdomen, untuk dijadikan sebagai dubur buatan dan sebagainya.
enteritis
(Perubatan) radang pada usus (terutamanya usus kecil) yang dicirikan dengan cirit-birit.
enteng
ringan, mudah;
mengentengkan meringankan, memudahkan;
mengenteng-entengkan menganggap mudah (ringan):
G. Eton ~ bidang ini;
entengan sesuatu yang dianggap ringan atau mudah:
hasil sastera itu ~ sahaja, sulitnya tidak seberapa;
keentengan keringanan, kemudahan.
enten
[Indonesia-Belanda];
mengenten menempelkan potongan pohon atau tampang pada pohon lain (supaya bercabang), mencantumkan.
entek
mengentek menampi atau mengindang (beras dan lain-lain).