ensefalitis

(Perubatan) radang pada otak yang disebabkan oleh agen jangkitan (seperti bakteria, virus atau parasit), ataupun yang disebabkan kecederaan.

enrolmen

bilangan orang yang mendaftarkan diri sebagai pelajar di institusi (kolej dan sebagainya):
apabila pelajar baru mendaftar pada Julai ini, ~ pelajar akan meningkat sehingga melebihi sepuluh ribu.

enklaf

1. (Geografi) sebahagian daripada wilayah sesebuah negara yang dikelilingi seluruhnya oleh wilayah negara asing, mengikut perspektif orang yang di luar wilayah tersebut;

2. (Antropologi) sekumpulan orang yang berbeza dari segi budaya, sosial, intelektual dan sebagainya daripada kumpulan orang di sekeliling mereka.

enjut

enjut-enjut ~ semut sejenis permainan kanak-kanak;

mengenjut
1. menggerakkan perlahan-lahan, menarik atau mengangkatnya perlahan-lahan, menggerakkan turun naik;

2. = mengenjut-enjut turun naik: didengarnya anak-anak dara itu ketawa riang, ketawa yang pada mulanya ~, kemudian memanjang-manjang pula;

terenjut-enjut (bergerak dan lain-lain) turun naik (tinggi rendah):
ia berjalan ~;
bahunya ~;

enjutan gerakan (goncangan) turun naik:
~ bas itu memuakkan tekak juga.