enjin

mesin untuk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kepada daya atau gerakan mekanik;
~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yang menggunakan minyak diesel dan benzina untuk bahan apinya;
~ gas enjin yang menggunakan gas mudah terbakar, seperti gas asli dan gas arang batu sebagai bahan api;
~ haba enjin untuk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik;
~ pembakaran dalam enjin yang membakar bahan api dalam silinder dan menukarkan tenaga haba yang terhasil terus kepada tenaga mekanik;
~ petrol enjin pembakaran dalam yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api;
~ stim = ~ wap enjin yang digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap.

enjelai

sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) daripada jenis padi, Coix lachrymajobi; bagai tidur di atas ~ (peribahasa) sangat gelisah (kerana risau dan lain-lain).

enjal

mengenjal
1. mengisi penuh-penuh atau menjejal mulut (dengan makanan);

2. jatuh terperenyuk;

3. memantul.

engsot

berengsot, berengsot-engsot
1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot;

2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dari garis tepi, inden, tidak ~ daripada bibir (peribahasa) selalu disebut-sebut;

mengengsot
1. berengsot:
ia ~ menuju ke meja itu;

2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

engsel

1. sejenis sendi besi yang menyambungkan daun pintu (tingkap dan lain-lain) dengan jenangnya dan lain-lain (sehingga daun pintu dan lain-lain boleh dibuka tutup);

2. alat pengubah arah rel (pada jalan kereta api), wisel;

berengsel ada engselnya, bersendi:
tengkorak itu melekat seperti ~ pada tulang belakang.