engkau

ganti nama diri kedua (untuk orang yang setaraf atau yang lebih rendah, digunakan juga untuk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak;
lawan aku;

si engkau [sastera lama] orang yang disebut engkau, orang rendahan:
jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dengan titah tuanku patik sekalian pertuanlah;

berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap untuk menunjukkan hubungan yang mesra dan tidak formal:
tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya.

engkap

engkap-engkip, terengkap-engkip turun naik (seperti rumput dipijak);
~ bagai rumput di tengah jalan (peribahasa) hidup merana kerana sakit atau miskin.

engkah II

engkah-engkah, engkah-engkahan
1. belum empuk, masih keras, setengah masak (benda yang direbus);

2. mengkal, belum masak betul (buah-buahan).