[Jakarta] tahu (faham, sedar akan).
Author Archives: admin
enes
[Jawa];
mengenes merana kerana berasa sedih atau pilu dalam hati;
mengeneskan memilukan, menyedihkan.
enema
(Perubatan)
1. pemasukan cecair ke dalam dubur, terutamanya untuk memudahkan buang air besar;
2. cecair yang dimasukkan ke dalam dubur, terutamanya untuk memudahkan buang air besar.
enek
[Jakarta] berasa seperti hendak muntah, muak, mual.
endut II
endut-endutan [Indonesia], [bahasa percakapan] bergerak-gerak, berdenyut-denyut, berdebar-debar.
endut I
[bahasa percakapan] teman lelaki atau teman wanita;
berendut
1. bertemu atau keluar dengan endut untuk berbual-bual mesra, makan dan sebagainya;
2. mempunyai endut.
endus
[Jakarta];
mengendus
1. mencium atau menghidu (bau);
2. [kiasan] mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dan lain-lain):
konflik inilah yang sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar;
aku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi;
terendus [kiasan] tercium, diketahui:
Yusof ragu sebentar, takut kalau-kalau ~ bahawa apa yang dikatakannya itu sekadar ingin memulai pembicaraan saja.
endul
[arkaik] buaian;
berendul berayun di atas atau di dalam buaian:
adat ~.
enduk
[Jawa], [arkaik] panggilan kepada orang (anak) perempuan atau isteri.
endoterma
berkenaan proses atau tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran luar.