(Biologi) tisu pada kantung embrio tumbuhan berbiji, yang lazimnya menyimpan bahan makanan yang terurai semasa proses percambahan.
Author Archives: admin
endoskopi
pemeriksaan bahagian dalam organ tubuh yang berongga dengan endoskop.
endoskop
alat untuk memeriksa bahagian dalam organ yang berongga, seperti pundi kencing dan usus.
endors
mengendors [bahasa percakapan] mengakui (dokumen, cek, perjanjian dan sebagainya) sah dengan menurunkan tandatangan dan sebagainya;
endorsan
1. (Ekonomi) catatan di belakang cek sebagai tanda penerimaan:
~ cek;
2.(Undang-undang) catatan di belakang atau di bawah sesuatu dokumen;
3. (Undang-undang) catatan di belakang writ, dokumen mahkamah dan sebagainya bagi menandakan dokumen telah disampaikan kepada orang berkenaan.
endoparasit
(Biologi) parasit yang hidup dalam tubuh perumahnya, misalnya cacing pita.
endong
mengendong menumpang tidur (bermalam) di rumah orang;
= endon.
endon
[Jakarta];
mengendon, ngendon menumpang tidur (tinggal) di rumah orang (buat beberapa hari lamanya);
endonan orang yang mengendon atau menumpang tidur;
= endong.
endolimfa
(Perubatan) bendalir di dalam labirin bermembran yang terdapat di dalam telinga.
endokrinologi
kajian tentang kelenjar endokrin dan rembesan hormonnya.
endokrin
(Biologi) berkenaan perembesan hormon oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dalam darah atau limfa;
kelenjar ~ kelenjar (seperti kelenjar adrenalina, kelenjar tiroid, dan lain-lain) yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.