teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan.
Author Archives: admin
epistaksis
(Perubatan) perdarahan dari hidung.
episode
[Indonesia-Belanda] episod.
episod
satu bahagian daripada sesebuah karya sastera atau drama yang muncul dalam beberapa bahagian selama satu-satu tempoh.
episiotomi
(Perubatan) pembedahan yang dibuat pada bukaan faraj semasa melahirkan anak supaya bayi mudah dikeluarkan.
epimenorea
(Perubatan) kedatangan haid yang terlalu sering dan tidak teratur dengan jangka masa kitar kurang daripada 28 hari.
epilog
1. bahagian akhir sesebuah karya atau drama yang memberi komen atau ringkasan tentang karya yang berkenaan;
2. ucapan ringkas atau puisi yang diungkapkan oleh seseorang pelakon kepada penonton pada penghujung sesebuah persembahan drama.
epileptik
berkenaan penyakit epilepsi:
pesakit ~.
epikarpa
(Biologi) lapisan paling luar pada perikarpa buah tertentu. epilepsi (pilpsi) (Perubatan) sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang tidak sedar dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan.
epik
1. puisi (sajak) panjang yang menceritakan bakti seseorang pahlawan (biasanya pahlawan dalam sejarah atau legenda);
2. karya sastera, filem, dan lain-lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik:
ia telah berjaya menarik perhatian kita untuk melihat Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah ~ kebangsaan yang tinggi nilainya.