~-erot tidak lurus, herot-berot, bengkang-bengkok.
Author Archives: admin
erang I
[sastera lama] hitam, biru kehitam-hitaman.
erang
= erangan keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dan lain-lain):
ia mendengar terus-menerus ~ isterinya pada malam sepi itu;
mengerang
1. mengeluh kerana kesakitan, merintih:
ia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan;
2. [kiasan] men
eram
mengeram
1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (berkenaan (dengan) ayam dan sebagainya):
hanya ayam betina sahaja yang ~;
2. duduk mengendap (seperti harimau, kucing, dan lain-lain yang hendak menangkap mangsanya);
3. [kiasan] selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja:
kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang;
4. [Minangkabau] lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dan lain-lain);
selama enggang ~ (peribahasa) terlalu lama;
mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur);
~ telur orang (peribahasa) mengahwini perempuan yang telah mengandung;
seumpama telur sesarang dierami induknya (peribahasa) perihal anak-anak yang sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yang saksama;
mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dengan mengerami);
pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;
pengeram = mesin ~ sejenis alat yang mengeluarkan haba untuk menetaskan telur.
erak II
bererak, mengerak
1. berpisah atau bercerai (daripada), bergerak perlahan-lahan;
2. berurai atau menjadi lepas dan terbuka (lingkaran rotan dan lain-lain);
mengerak, mengerakkan
1. menguraikan, melepaskan atau membuka (lingkaran rotan, dawai, dan lain-lain);
2. menceraikan atau memisahkan.
erak I
[arkaik] lelah.
era
1. jangka masa tertentu (yang lama) dalam sejarah:
penelitian rekod dari ~ penjajahan dan revolusi;
2. jangka masa tertentu yang dianggap mempunyai sesuatu keistimewaan:
beberapa pandangan untuk ~ baru perjuangan;
~ perkembangan seni lukis;
boleh dikatakan tahun 1920-an dan 1980-an merupakan ~ peluasan penjajahan Amerika.
Er
simbol kimia bagi erbium.
epsom
garam ~ serbuk putih (magnesium sulfat hidrat) yang digunakan sebagai julap.
epsilon
huruf kelima dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol E, ε.