EPRD

[kependekan] Educational Planning and Policy Research Division (iaitu Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, iaitu salah satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab menyelidik dan menyediakan perancangan dasar pendidikan kebangsaan).

epolet

tanda pangkat dan lain-lain yang dipakai di bahagian bahu pakaian seragam, terutamanya pakaian seragam tentera.

epok II

II;
berepok
berada dalam pelukan atau pegangan (seperti anak kecil dalam pelukan ibunya);

mengepok memeluk (biasanya kanak-kanak).

epok I

sejenis kampit kecil bertutup yang dianyam daripada mengkuang dan lain-lain untuk bekas sirih (pinang dan lain-lain).

epizoit

(Biologi) haiwan yang melekap pada badan haiwan lain tetapi tidak mendapatkan makanan daripada haiwan yang ditumpanginya.

epitome

orang atau benda yang merupakan contoh atau teladan yang unggul sesuatu sama ada dari segi kualiti, kelas dan sebagainya.

epitaf

penyataan ringkas memperingati orang yang meninggal dunia atau peristiwa yang lalu (pada batu nisan atau monumen).