(Biologi) tisu tumbuhan yang berfungsi mengangkut makanan yang dihasilkan oleh tumbuhan.
Author Archives: admin
flo
(Geografi) kepingan ais yang berapung di permukaan laut dan sebagainya.
fleksibiliti
perihal (keadaan atau sifat) fleksibel, kefleksibelan:
keadaan itu bukan sahaja menggambarkan ketiadaan ~ dalam pelaksanaan projek.
fleksibel
1. boleh diubah atau disesuaikan (dengan mudah):
ini merupakan suatu proses yang ~;
2. mudah berubah (sikap, keputusan, dan lain-lain) mengikut keadaan baru dan lain-lain, luwes:
pemimpin yang baik haruslah mempunyai nilai yang ~ dalam dirinya, iaitu sanggup menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan.
kefleksibelan keadaan fleksibel, keluwesan.
fleksi
(Linguistik)
1. perubahan bentuk kata mengikut perbezaan waktu, jantina, jumlah, dan sebagainya, seperti yang berlaku pada bahasa Inggeris (mis try dan tried);
2. (proses) penambahan imbuhan pada kata akar atau dasar.
flebitis
(Perubatan) radang pada vena.
flanelet
(Tks) kain flanel tiruan yang diperbuat daripada kapas.
flanel
(pakaian daripada) kain bulu yang ringan dan lembut:
aku memakai ~ putih dan pergi ke tamannya.
flamingo
sejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae, berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu, biasanya hidup di kawasan berair.
flaks
tumbuhan herba atau pokok renik daripada genus Linum yang ditanam untuk mendapatkan biji dan gentiannya yang dijadikan benang dan ditenun menjadi kain linen.